Wednesday, 5 October 2011

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

PROGRAM
BULAN BAHASA KEBANGSAAN
SEK KEB KESANG TUA
2011


Falsafah
Pembinaan Negara Bangsa melalui Bahasa Melayu

Visi
Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia

Misi
Memartabatkan Bahasa Melayu

Motto
Bahasa Jiwa Bangsa


Latar Belakang
Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengishtiharkan bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu seperti yang dinyatakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.Untuk tujuan itu, kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat kita.
SK Kesang Tua juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan Program Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat sekolah. Panitia Bahasa Melayu sebagai tunggak utama yang mendukung aspirasi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mengambil inisiatif untuk merangka dan menjalankan program yang menjurus kepada penghayatan bahasa sebagai wadah ketrampilan diri.

Rasional
Memantap, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

Matlamat
1. Menyemai dan menguatkan rasa cinta dan megah terhadap bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan
2. Mengerat dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
3. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan
negara bangsa


Objektif
1. Mencungkil bakat murid dalam ketrampilan berbahasa
2. Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan warga sekolah



Jawatankuasa Program

Penaung : En. Rosli bin Karim
Penasihat : En Rahmat bin Ali
Pengerusi : Pn Hajah Samiah binti Samari
Setiausaha : Pn Rabaah binti Ramly
Penyelaras Aktiiviti : Pn Patimahtun Zaharah binti Abd Jalil
JK Hadiah : Pn Norazizan binti Daud
JK Pertandingan :
1. Mendeklamasikan Sajak - Masruhin bin Jamian
2. Bercerita - Rahmah binti Othman
3. Pat Pat Siku Lipat - Jeffry bin Jinal
Mohd Zahari bin Mohd Ghazi
4. Permainan Bahasa - Norahah binti Idris
Baharuddin bin Ismail
5. Teka Silang Kata Murid - Hamilah binti Husin
6. Teka Silang Kata Guru - Mohd Esham bin Jahaya



Atur Cara Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan SKKT 2011

- Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya & Belajar Terus Belajar
- Bacaan Ikrar & Doa
- Ucapan Guru Bertugas
- Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu oleh Pn Hajah Samiah binti Samari
- Persembahan Koir 6 Cerdas
- Persembahan Deklamasi Sajak oleh Pn Rahayu binti Abdul Rahman
- Bacaan Ikrar Bahasa diketuai oleh En. Masruhin bin Jamian
- Ucapan Pelancaran oleh En Rosli bin Karim



Ikrar

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan terus setia memperjuangkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa, bahasa kesatuan politik, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta pembangunan negara yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia, bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta memerdekakan pemikiran bangsa dan bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan tamadun di negara dan di dunia. Sesungguhnya kami bertekad akan meneruskan perjuangan ini


Jadual Aktiviti Pertandingan



Mendeklamasikan Sajak 10 Okt
11.00 pg
Dewan Tahap 2 - 1 – 3 wakil setiap kelas
- Sajak diberikan seminggu lebih awal

Bercerita
11 Okt / 11.00 pg / Dewan / Tahap 1
- 1 - 3 wakil setiap kelas
- Skrip diberikan seminggu lebih awal

Pat Pat Siku Lipat
12 Okt / 11.00 pg / Dewan / Tahap 1
- Menyenaraikan kata (mengikut jenis) terbanyak dalam masa yang ditetapkan
- Kumpulan (3 orang)
- 3 orang wakil kelas

Permainan Bahasa
13 Okt / 11.00 pg / Dewan / Tahap 2
- Melengkapkan teka kata
- Kumpulan (3 orang)
- 3 orang wakil kelas

Teka Silang Kata (Murid)
14 Okt / Terbuka
- Secara individu
- Jangka masa 2 hari (Khamis - Jumaat)

Teka Silang Kata (Guru)
14 Okt / Terbuka
- Bukan guru bahasa Melayu
- Jangka masa 5 hari (Isnin hingga Jumaat)

Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-Ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
Dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa Dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Bahtera Cinta Bahasa
Bahasa umpama bahtera
merempuh lautan gelora
di pantai hidup menduga
rasa cinta suatu bangsa
karang tajam menikam
kedaulatan martabat bahasa
Di gelombang globalisasi
bahasa membawa suatu misi
tegaknya bahasa rasmi
pengantar utama diwarisi
padu perpaduan teras terisi
akur dan wajib dipelajari
Anakku dididik cerdik
kukuh kuat semangat patriotik
berfikir, berilmu bijaksana
bertataetika murni terpuji
layarkan bahtera bahasa kita
ke lautan cabaran penuh uji

YANG KURIK ITU KUNDI,
YANG MERAH ITU SAGA;
YANG MOLEK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA.


“BAHASA JIWA BANGSA”

“MARILAH BERBAHASA SEBAIKNYA”

“BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU”

**********************************************

Wednesday, 25 May 2011

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ke-2

Assalamualaiakum wbt

Perhatian kepada semua AJK Panitia Bahasa Melayu SK Kesang Tua.

Mesyuarat Panitia kali ke-2 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Jun 2011
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Akses

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Pengesahan Minit
4. Bangkitan Minit
5. Q-Net - analisis setiap kelas (pencapaian, kekuatan, kelemahan, cadangan tindakan susulan)
6. Perkongsian Pintar (En. Baharudin Ismail & En. Mohd Zahari Mohd Ghazi)
7. Hal-hal Lain (KSSR / LINUS / PROTIM / PBS)

Harap maklum.

Hajah Samiah Samari
Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu

Friday, 20 May 2011

Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 5

http://www.mediafire.com/?98hsal5yi71x56b
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, blog Panitia Bahasa Melayu SK Kesang Tua telah dapat dibina pada pagi ini dalam Kursus LADAP Ketiga "Pembinaan Blog Panitia"

Sama-samalah kita manfaatkan blog ini demi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid-murid SK Kesang Tua

Terima kasih.